sekarang ada kat kampung..cuti panjang sempena deepavali..hehe actually kawan aku kawin..next week aku upload kan gambar majlis perkahwinan dia..hari ni aku tak bawak balik usb port so tunggu next week aku nak upload sekali gambar masa raya hari tu..
aku dah start antar afiq kat nursery isnin lepas...memang melalak teruk, mujur mak ada ..then mak pergi tengok hari hari..aku nak biasakan dia..
tapi semalam aku dah rasa gusar sket... afiq muntah..then cirit birit..aku syak food poisoning..so semalam tak hantar dia ke nursery..mak jaga kat rumah...malam semalam jadi lagi teruk..muntah sampai keluar lendir je...apa lagi 12 tengah malam pergi hospital darul ehsan..yang boleh buat dia bertahan sebab dia banyak minum air masak je..so pagi ni aku tak hantar dia..badan nya masih panas..cuma dah tak muntah..
Aku sedih ..nenek yang jaga Afiq dah meninggal semalam..dia sesak nafas..AL FATIHAH untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat..
aku sedih sebab aku tak sempat jumpa dia..hari rabu lepas dia dah sakit..so aku amik cuti sebab nak jaga afiq, then semalam aku decide tak nak hantar afiq sebab kesian kan arwah..afiq tu dah le lasak..so biarlah arwah rehat ..kebetulan pulak azni tak de kelas..tapi tak sangka masa balik kerja semalam wan bagitau berita sedih ni..dia meninggal pun sesorang..yang ada cuma cicit dia yang baru umur 7 bulan..
yang buat aku bertambah sedih sebab dua hari sebelum ni..afiq dah pandai buat macam orang azan..walaupun tak berapa nak betul sebutan dia..dah pandai sebut abah..bila aku teringatkan semua tu..memang sebak dibuatnya..apa apa pun semoga ahli keluarga nya redha dengan pemergiannya..
Most recent comments... (In posting order)
Ya Allah,kesiannya.macam mana la budak 7 bulan tu ye?Tinggal sesorang dgn nenk dia yg dah meninggal.