Want your
own Fotopage?







 
maznah's FotoPage

By: maznah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 14-Aug-2009 04:55 Email | Share | | Bookmark
ramadhan bakal tiba

sedar tak sedar..ramadhan dah hampir tiba..tahun lalu waktu ni aku tengah tunggu masa je..anis lahir sehari sebelum puasa.. so sepanjang ramadhan la aku tak berpuasa..tahun ni seronok..walaupun sibuk melayan kerenah diorang..walaupun ada masanya hilang sabar dengan perangai diorang..tapi bila tak de kat depan mata rasa sunyi sangat..so family aku lengkap dengan 2 cahaya mata ni..bukan aku tak nak anak lagi..memang nak..kalau boleh nak cukup 5..cam adik beradik aku..larat ker??

so harapan ramadhan tahun ni..mudahan diberkati..aku bersyukur dengan apa yang aku rasai selama ini..masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas..dan mudahan diberi peluang untuk terus kekal bahagia..

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK UNTUK SEMUA..

Care to comment?


Tuesday, 12-May-2009 08:43 Email | Share | | Bookmark
buah hati kami..


minggu ni susah hati ngan Anis..mula2 demam pastu rupanya nak kena ruam..sekarang abis satu badan penuh ngan ruam..merah je..mujur tak meragam sangat..tapi banyak tido..kalau bangun still aktif macam biasa..perkembangan sekarang Anis dah pandai berdiri kuat gak le kaki dia..tapi biasa la tak cukup umur lagi so berpegang kat mana mana yang sempat ler..macam tak caya je dah leh buat semua tu..badan kecik je..bayangkan kalau dah leh berjalan..hmmm cepat nya masa berlalu..secepat dia dilahirkan dulu..


Afiq lak still macam biasa..bercakap..ada yang aku faham..kalau dia terlalu excited nak bercerita lansung aku tak faham apa yg dicakapnya..huhu..i'm still waiting for that day..teringin sangat nak bercerita dengan dia dan mendengar apa yang nak dia ceritakan..

Hidup aku dan suami..alhamdulillah mudahan tuhan sentiasa bukakan pintu rezeki yang halal buat kami sekeluarga..Sekarang ruang itu ada buat kami..

Care to comment?


Wednesday, 8-Apr-2009 12:05 Email | Share | | Bookmark
abang dan adik





dah lama tak menulis apa apa tentang dua beradik ni semenjak sibuk ngan butik..sekarang anis tak berapa sihat..berjangkit ngan afiq yang selesema..aku pun kena jugak..kuat tul penangan virus budak sorang ni..atau antibodi aku yang tak kuat..hehe..tapi badan tak sihat pun ligat gak menyulur ke sana ke mari..this week mak nak datang sini..tengok cucu dia,agaknya kesian ngan anaknya ni..terkejar kejar nak buat kerja..aku kalau boleh tak nak menyusahkan mak..konon nak handle semuanya sendiri,tapi dalam hati kalau mak ada pun ok gak..bukan semata mata datang tengok kan budak2 ni..tapi macam penyuntik semangat kat aku gak..aku rasa sunyi, awal2 ni bukannya ada customer sangat..bila dah kerja sendiri ni baru rasa yang tak semua nya datang dengan mudah..kerja sendiri lagi kena usaha lebih..kalau kerja ngan orang kita dah dijanjikan pendapatan setiap hujung bulan..tapi satu je,ada kepuasan setiap kali pandang hasil usaha sendiri..alhamdulillah

assalamualaikum... lama tak dengar berita kan Thu 9-Apr-2009 04:46
Posted by:kak yati ati_mohamed2003@yahoo.com
jemput le masuk fp saya selalu..sedih ym tak leh bukak Fri 10-Apr-2009 03:53
Posted by:maz-andaman  - [Link]
windunya kat mummy Mon 13-Apr-2009 02:43
Posted by:ica
Add comment


Friday, 6-Feb-2009 03:27 Email | Share | | Bookmark
first day menerap..



pic ni aku amik pada 4/2/09..tak perasan pun bila masa anis buat..sedar sedar dah macam ni..so anis sama la macam afiq lambat menerap..tapi afiq cepat sangat berjalan..9 bulan dah berdiri..nanti nak tengok anis lak..buat masa ni still tak de masalah ngan anis..afiq pun sayang kan adik nya..syukur sangat..mintak mintak sampai ke besar la macam ni..so dia leh protect adik nya..i'm still waiting for afiq to speak clearly..bukan dia tak pandai..tapi aku rasa dia tak nak buat..kalau sebut satu2 boleh pula tapi bila nak susun ayat entah jadi bahasa apa di cakapnya..hopefully this year he can make it..tahun depan aku nak antar dia masuk preschool..tengah fikir tapi tak decide which one..ingat nak antar ke smart reader..kebetulan dekat pulak dengan butik aku..senang nak antar senang nak amik..tapi pepagi buta la aku dah sampai kat butik..tentang butik..still in progress..minggu ni jadual padat..start hari ni sampai la selasa nanti..pasang partition..tempered glass..kapet..cat..fuhh..tapi aku cat je..yg lain semua orang buat kan..huhu..rasa cam tak percaya akhirnya berjaya bukak butik andaman sendiri..ini impian aku masa mula amik diploma dulu..tapi aku pendamkan sebab memikirkan kos..thanks to hubby yang jadikan impian aku satu kenyataan..MENUJU PUNCAK!!

Care to comment?


Thursday, 15-Jan-2009 01:32 Email | Share | | Bookmark
sibuk

lama tak update dalam fp ni..nak upload gambar pun malas giler..aku ni nama je surirumah sepenuh masa, tapi nak buat semua ni macam tak sempat..percaya ke tak..baru 2 orang, kalau dah masuk 3 nanti tak tau la cam mana jadinya..hopefully si abang dah pandai jaga adik nya masa tu..huhu
actually sekarang ni tengah plan nak cari kedai..n dah jumpa kedai tapi dekat saujana utama sg buloh..nak kata jauh tak le jauh sangat..arghhh..tak nak pikir pasal jauh ke dekat..wan dah plan nak all out bulan 3 nanti..paling lewat pun bulan 4 rasanya..depends pada belanjawan..depends gak pada semua peralatan..dan lagi satu nak kena pikir renovation..huhh..banyak gak yang nak kena pikir..harap2 aku cukup kuat untuk semua ni..dan harap2 gak hubby cukup kuat nak kuar kan modal..hehe..both of us decide tak nak buat loan..nak guna duit sendiri setakat mana yang mampu..setakat ni boleh lagi bertahan..mungkin gak rezeki anak2..alhamdulillah..setakat ni tak de apa2 lagi yang aku nak tunjukkan..but coming soon aku akan upload semua koleksi baju yang aku ada..kesemuanya 13 pasang untuk permulaan ni..so visit my new fotopages http://emaspesona.fotopages.com TUNGGU...

Aku dah tengok nkau punya fp.. wah! businesswoman dah kawan aku nih! anyway, tahniah diucapkan! semoga success! Dulu akupun ingat nak bukak kedai pengantin, tp kerja pejabat terlampau banyak n simpanan pun tak berapa nak cukup, so, aku terpaksa KIVkan dulu. hubby aku lak nak bukak restoran, dia tu pun tak habis2 nagn kerja , mana sempat! tengokla nanati. Ok, aku ucapkan selamat berjaya pada nkau..
Bye..
Thu 15-Jan-2009 23:41
Posted by:Aju ajuismail@yahoo.com
Add comment


Monday, 1-Dec-2008 01:50 Email | Share | | Bookmark
majlis nikah maziah pada 28 nov 08




majlis pernikahan adik aku selamat berlansung pada 28 hb lepas..dengan sekali lafaz dia sah bergelar isteri kepada shahrul..huhu..sedih gak sebab rasa macam kehilangan walaupun dia masih ada di depan mata..teringat balik kenangan masa kecik kecik dulu..ini first time gak aku nak cuba make up guna barang yang lengkap..rasa tak puas hati walaupun tuan punya badan suka, banyak lagi yang aku nak perbaiki..banyak lagi teknik yang kena aku pelajari..majlis malam, majlis siang..macam macam lagi la..aku ada peluang lagi untuk kenduri besar nanti..hopefully ada masa yang cukup,tak nak kelam kabut sebab aku cepat gelabah..nak upload gambar majlis tu lagi banyak dah connection lak biol..heh

mummy,
what to do is:

1.click file, select new
2.select preset file: 800x600

ini ialah satu layer yg agak besar yg selalu ica gunakan untuk fp ica. what to do is,
1.mummy choose some pic to arrange in this bigger layer,
2.kecikkan each gambar by clicking image, select image size.
3.i usually use 3-5 inch for the wide.
4.select the reduced size pic by using rectangular marquee tool
5.copy n paste on the bigger layer, arrange it with your own style

happy editing!
Tue 9-Dec-2008 01:48
Posted by:ica  - [Link]
semua ni ica buat dalam adobe photoshop ke Fri 12-Dec-2008 13:45
Posted by:mummy
Add comment


Thursday, 27-Nov-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
entry adik



minggu ni entry untuk anis je..abang nya tak berapa sihat..demam dari hari ahad sampai la selasa..pagi semalam baru badan nya tak berapa panas..pagi ni pulak aku tengok badan nya macam ada merah..risau lak kot kena ruam tapi peliknya demam dah tak de..susah nak jangka la badan dia ni..adik nya pulak senang..cucuk 3 serangkai pun tak demam..kuat gak la antibodi dia..dah breast feeding sepenuhnya...kira betul gak la kata doktor penyusuan eksklusif untuk 6 bulan pertama penting sangat..memang dah terbukti..memandangkan aku pun dah tak kerja tak de masalah la kalau aku nak sambung sampai 2 tahun pun..lahir 2.35kg cam tak caya lak sekarang dah 5.7kg..cepat je besarnya..so akan datang tunggu entry untuk majlis pernikahan maziah lak..dah nak jadi bini orang adik aku yang sorang tu..cepat je masa berlalu..

Care to comment?


Tuesday, 25-Nov-2008 09:08 Email | Share | | Bookmark
cubaan pertama..



first time nak cuba guna photobucket..tapi rasanya kena minta ica ajar gak la..tak pandai lagi ni..hehehe

mommy,
guna la saiz beso sket
g kat file, open, new.pastu pilih size.ica selalu guna 600x800
selamat mencuba!
Wed 26-Nov-2008 06:39
Posted by:ica  - [Link]
Add comment


Friday, 14-Nov-2008 12:43 Email | Share | | Bookmark
sedihnya..

semalam dapat berita mengejut..kawan satu rumah masa kat kolej dulu meninggal sebab masalah buah pinggang..yang buat kan aku terkejut dan mungkin jugak seluruh ahli keluarga arwah..dalam masa seminggu je dia tak lalu makan n then pegi bawak hospital doktor kata ada masalah buah pinggang dan memang dia terus pergi tinggal kan semua orang yang sayangkan dia..takziah untuk keluarga arwah dan juga tunang nya..moga moga mereka tabah dan sabar dengan apa yang berlaku..al fatihah..

semalam gak hari jadi abah..aku send ucapan guna sms je..tup tup dia balas..terkejut aku sejak bila abah pandai antar sms..kelakar betul..rupa rupanya adik aku yang tolong balaskan..
28 hb ni gak aku kena balik kampung sebab maziah kena nikah awal..tok kadi nak pergi mekah..so nak tak nak kena la buat awal..kenduri nya 20hb 12 nanti..so bermula la kerjaya baru aku sebagai mak andam..aku akan make up masa dia nikah dan menyambut sebelah lelaki nanti..boleh la promote kat orang perlop lepas ni..nak buat sikit sikit je dulu..kalau ada rezeki lebih baru buat full andaman..

happy belated besdey. ica bz la mummy.sampai lupa nak sms.anyway, ica tak pernah lupa mummy.

anis makin tembam.geram nengok pipi dia!

good luck untuk cita2 baru.bila dah make up, upload dalam fp ni. mana la tau, kat kl pun leh jalan kan....

i miss u!
Fri 14-Nov-2008 05:08
Posted by:ica  - [Link]
mummy,ica guna gambar yg pixel dia besar.pastu edit guna photoshop.pastu nak tepek, upload kat photobucket dulu.pastu, amik direct link, tepek la.nak tau nanti ajar secara detail Thu 20-Nov-2008 08:31
Posted by:ica  - [Link]
Add comment


Wednesday, 12-Nov-2008 02:42 Email | Share | | Bookmark
my birthday!

my favorite cake
surprise!!
bunga n kad pun ada..hehe
View all 4 photos...
11 november 2008 genap umur aku 28 tahun..rasanya tahun ni banyak perkara yang tak boleh aku lupakan..birthday kali ni gak aku rasa special sangat sangat..hubby hadiahkan sesuatu di luar jangkaan aku..anyway thank you so much!! dan wish untuk kali ni aku harap apa yang aku impikan jadi kenyataan..walau sesusah mana pun dugaan aku akan teruskan jugak..thanks again to hubby yang banyak bagi moral support..dan juga money support..huhu..biasanya orang wish masuk tahun baru..tapi aku nak berazam dari sekarang..untuk anak2..untuk hubby..mudahan tuhan murahkan rezeki kita sekeluarga, permudahkan jalan yang kita pilih dan yang paling penting apa yang kita buat diberkatinya..amin..

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.